Saturday, December 13, 2014

Utamakan cinta terhadap illahi ~



Untuk Si Mawar berduri ....



Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam dirimu, untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.



Bukan tak sayang , jauh lagi membenci . Tapi perpisahan ini perlu berlaku untuk Aku dan Kamu mencari semula makna soleh dan solehah dalam diri kita.



Janji dengan saya berpisah di dunia , tapi bertemu di Syurga



Permintaan yang saya buat bukan atas kerelaan diri , tapi atas paksaan iman. Tak sanggup saya tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.



Saya berdosa sebab saya awak leka. Itu tak apa, tapi saya tak nak awak berdosa sama.






ALLAH ciptakan pertemuan, kemudian ALLAH ajarkan kita banyak perkara yang kita tidak tahu.



Selepas tu, ALLAH aturkan perpisahan . Untuk apa ? . Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman kita dan sejauh mana rasa cinta kita terhadapNya.



I admit it , it isn;t easy to let you go . But for His sake , untuk kebaikan kita , untuk kebaikan iman dan hati kita , untuk tak wujudkan fitnah kepada agama , saya minta , saya mohon . Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak,







Keep in touch dalam doa . okeh ?



Jumpa di Syurga .



Jangan nangis - nangis .



 Jangan sedih - sedih.



ALLAH uji kita dengan pertemuan , sekarang ALLAH uji kita dengan perpisahan . Bukankah hidup kita ini juga satu ujian ? . Untuk tengok sejauh mana iman kita dan hati kita terhadap yang Esa.



Hati semoga kau kuat , untuk menjalani hari - hari yang mendatang. Allahu yubarik fik.


Assalamualaikum wbt.








Friday, December 12, 2014

Pemakanan yang seimbang -- ( BMI )

Adakah anda elergik bila berat badan semakin meningkat ? takut bila nak timbang berat badan ?. Jom sama-sama kita amalkan pemakan yang seimbang dan cara mengira BMI anda :)


* Kanak- kanak tidak seharusnya diberikan hadiah manisan atau gula sekiranya berjaya melakukan sebarang tugas . Kebanyakan orang ramai inginkan anak-anak patuh kepada arahan mereka serta memberikan gula-gula atau manisan sebagai hadiah.

*Makanan keluarga mestilah berdasarkan makanan sajian yang sehat dan berpandukan 'piramid makanan '

* Setiap orang perlu memastikan mengambil makanan yang betul dan seimbang.

*Ibu bapa perlu menghadkan masa anak- anak menonton televisyen dan menghadap komputer, laptop, gadged dan lain-lain




* Remaja digalakkan membuat catitan makanan yang telah dimakan pada setiap hari. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan disamping tempat, masa dan bersama siapa.

* Makan dimeja makan pada waktu yang tetap pada bila-bila masa sahaja.

*Kunyah makanan dengan perlahan sikit demi sedikit. Sunnah Rasulullah s.a.w mengunyah makanan sebanyak 40 kali kunyahan.

*Mengira berat badan yang unggul  (BMI ) setiap sebulan sekali atau dua bulan sekali.

http://badanlangsing.com/5-kira-bmi/info_10.html


         BMI =  Berat badan (kg)                                              
                     ----- ----------------
                     tinggi ( m) x tinggi ( m)


Body mass index status :

 * Kurus              -   Kurang daripada 20.6

 *Normal             - 20.7 sehingga 26.4

 * Gemok             - 26.5 sehingga 30.9

 * Obesiti             - 31.0 sehingga 45.2

 * Bahaya             - Lebih daripada 45.3


Formula ini tidak boleh digunakan :

* Orang yang berusia 18 tahun kebawah
* Orang yang mengandung atau menyusukan anak
* Orang yang terlalu tua (warga emas )
* Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan



~ Jom cuba kira BMI kita . Jangan terkejut bila dapat resultnya. InshaALLAH kita mampu mengubahnya > __ <

Inilah kaum - kaum yang telah dimusnahkan oleh ALLAH S.W.T



Dalam Alquran, banyak sekali diceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah karena mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut adalah kaum-kaum yang dibinasakan.



Kaum Nabi Nuh


Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).


Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13)...


Kaum Nabi Saleh.

Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).Kaum Nabi LuthUmat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, yaitu hanya mau menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati sudah diberi peringatan, mereka tak mau bertobat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12)....




Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendati mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14)....





sekadar hiasan


Firaun

Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan. Hingga kini masih bisa disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).Ashab Al-Sabt.Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestina). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Demikianlah kami menyuji mereka kerana mereka berlaku fasik(QS Al-A’raaf: 163)....


Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12)....



Ashab Al-Ukhdud

Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9)....


Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13)....




sekadar hiasan


Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37)....




Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Karena mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar... (Al-Arim) (QS Saba: 15-19)



~ ALLAHU ' ALAM

Thursday, December 11, 2014

kemana arah tuju selepas SPM



 assalamualaikum sahabat semua,, peningkan nak minta mana lepas SPM ni ?

Seringkali lepasan SPM mendapat tawaran penganggur terhormat bukan? isy..isy..dalam seronok kita meraikan kelapangan waktu ini..bolehlah anda semua melakukan perancangan..Di sini disediakan beberapa maklumat untuk setiap yang insya-Allah sedang atau akan menjadi lepasan SPM.




Kelebihan Tingkatan 6 STPM

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya  :  
   dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan  
    prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. 

    Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.

* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
* Sastera pun susah, sains pun susah.Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk berjaya ye! Dikatakan   peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan  sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan  < spa.gov.my .>;… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.


               Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berkuatkuasa selaras seluruh negara, telah beroperasi mulai tahun 2000. Dalam jangka masa enam tahun, hampir 7,000 graduan sijil ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Maahad Buuth Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Ramai ingat kalau ambil  STAM ni akan jadi ustaz/ustazah sahaja.Jangan risau, lepasan STAM mempunyaipeluang yang cerah sama seperti STPM.Pelajar yang mendapat keputusan 'mumtaz' boleh melanjutkan pelajaran di Mesir , Jordan ataupun Morocco.Bagi yang mendapat pangkat lain, anda masih lagi berpeluang besar di universiti-universiti tempatan dalam bidang Sains, Perakaunan, Agama dan sebagainnya.Pelajar SABK seperti Samten beruntung kerana dengan pencapaian cemerlang dalam SMA (sijil menengah agama ) boleh terus memohon STAM.STAM merangkumi 10 subjek.

Diingatkan juga STAM ini bertaraf diploma!Lepasan STAM ynag mendapat mumtaz berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir dengan syarat mendapat gred tententu dalam subjek sains.
Sesi pengambilan bermula bulan Januari dan perlu dimohon sebelum peperiksaan SPM untuk pengambilan pertama.Peperiksaan STAM pada bulan Oktober .

STPM dan STAM  layak untuk semua pelajar dan bertaraf diploma cuma suasanannya masih sebagai pelajar sekolah.Namun peluang amat cerah untuk ke IPT.




                                  Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahundan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Lepasan matrikulasi turut berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan sebagainnya di universiti luar negara dengan pencapaian cgpa 3.50 ke atas.

Kemasukan biasannya pada bulan ( berbeza pada setiap tahun)



                          Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.




Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat,
Asasi Sains Fizikal,
Asasi Alam Bina, 
Asasi Pendidikan Islam,
Asasi Syariah,
Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.

Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu 
Asasi Sains Hayat,
Asasi Sains Fizikal,
Asasi Sains Kesihatan Bersekutu,
Asasi Kejururawatan,
Asasi Farmasi,
Asasi Pergigian,
Asasi Perubatan,
Asasi Sains Kemanusian,
Asasi Bahasa Inggeris,
Asasi Bahasa Arab, 
Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan,
Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, 
Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan
Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA(UiTM),
Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) -Tamhidi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.



            Diploma IPTA


Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Kemasukan biasannya juga pada bulan September



terasa nak tulis pasal anak buah nur yang pertama. huhuhu. sape je yang tak excited dapat anak buah lebih-lebih lagi anak buah yang pertama kan ?...masa along dekat labour room nur tak de nak tengok saat-saat yang mendebarkan tu, sebab kak farah ade keje so kena balik melaka awal. umi je yang teman kak long . masa kita orang on the way balik tu tetibe umi call buyah cakap kak long dah dalam labour room, tak lama lepas tu dalam pukul 3 lebih kak long selamat melahirkan anak perempuan secara normal. nak tau sape nama baby girl tu ? Nik Hikmah Afiqah binti Nik Muhd Abdul Azim. fuyoooo panjangnye nama anak buah nur yang pertama. Act, Hikmah dah lama lahir tapi masa tu nur sibuk dengan trial , SPM sebenar pon dah nak hampir kan so tak de masa lah nak update blog2 ni. dah lebih 3 tahun lebih nur tak sentuh blog ni, mase nur buat blog ni pon nur kecik lagi form 1 kot, so banyak lagi yang tak tau nak buat dekat entry blog. hihihi :)

~ ni gambar Hikmah masa baru lepas lahir ^ hari pertama dia lahir ^
17 ogos 2014.



~ ni gambar masa Hikmah dalam hari ^_^



~ nah pejam celik, pejam celik dah nak masuk 4 bulan makcik kita sorang ni


~ seronok sangat sebab nak balik kampung, nak jumpa nek umi, nak jumpa 'aki' ( atuk ) n mostly nak jumpa cik su yang comelll  macam Hikmah :)



>>>>>>>

Wednesday, December 10, 2014

cita-cita



habis je exam SPM bermulalah cerita nur sebagai seorang penganggur sebelum tunggu dapat sambung kemana dan dalam bidang apa . Orang kata apa yang ibu bapa hajati kita kena ikut supaya dapat barakah , begitu juga nur umi tak kesah bila nur nak pilih bidang apa, cume jangan tersalah langkah padah jawabnya.. buyah sangat berharap supaya nur pergi STAM. hehehehe.. inshallah kalau nur dpat result yang memuaskan nur nak sambung course ekonomi. tu lah bidang yang nur impikan selama ni. tapi buyah cakap course tu susah nak dapatkan peluang pekerjaan , ye ke ?


Nur keliru lah. ade sorang kawan along dia lepas dapat degree dia smbung master dekat united kingdom .nur  berharap sangat dapat sambung belajar dkat UK, tapi cost dia haih jangan cakap lah, melambung-lambung. hahaha . inshaALLAH doakan agar dipermudahkan segala urusan . nur bukan budak skolah asrama penuh , sekolah nur pon terpelosok di gaung, klau intro nama sekolah nur dekat geng ex- skolah rendah pon diaorang tak tau.. tapi tak pe, sekolah tak menentukan masa depan kita kan ? mana tau kami batch 11 dapat bngkitkan nama sekolah . . man jadda wa jada :))



# kami batch 11 SPM 2014 , Maahad Ar-Rahmah inshaALLAH akan menggegarkan dunia dengan result kami. fuhhh ayat tak menahan > macam mana kami pon, inshallah kami akan praktikan ilmu yang telah kami pelajari selama 5 tahun ni :)






kenangan kita akan sentiasa tersemat dikalbu ~

Kekuatan Cinta


kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam. Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..
Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan 'iffahmu ..



Dengan diammu…
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan. Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ..

Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan. Kekuatan sebuah harapan, hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan. Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

Kawan…
Jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata. Biarkan ia tetap dalam diam. Jika dia memang bukan milikmu, yang pasti ia milik Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengharungi hidup bersama. Biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati…

Kerana yakinlah,Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi tersasar…

Cinta dan suka datang tanpa disedari,
Aku hanyalah seorang insan yang  lemah,
salahkah aku mencintai seorang lelaki,
aku juga punya berhak dalam mendalami perasaanku.
Jika ini takdirku , aku redha diatas ketentuan tuhan yang maha kuasa
Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui setiap ketentuan diri setiap manusia


moga jadi tauladan untuk diriku

umi selalu berpesan. ' dulu masa umi muda-muda umi selalu ada perasaan riak, sombong , megah bila anak-anak umi dapat result cemerlang. tapi bila umi dah tua-tua ni umi banyak belajar kelas-kelas agama umi rase tak apalah bila anak umi kurang berjaya janji anak-anak umi taat dengan ibu bapa, ikut perintah ALLAH, tak sombong, praktikan ilmu agama yang dipelajari, inshallah semua tu dah cukup untuk umi bila umi dah tiada nanti'. umi terima kasih kerana berikan didikan agama kepada nur, nur amat hargai pengorbanan umi selama ini.


hakikat yang sebenar

Bila kaki kita melangkah , kadangkala kita terjatuh dan kaki berdarah . Saat itu kita rasa dunia ini kejam tapi hakikatnya ada tangan yang menghulur untuk membantu kita bangkit dan mengubat luka agar darah tidah mengalir dengan begitu lama.