Saturday, December 13, 2014

Utamakan cinta terhadap illahi ~



Untuk Si Mawar berduri ....



Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam dirimu, untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.



Bukan tak sayang , jauh lagi membenci . Tapi perpisahan ini perlu berlaku untuk Aku dan Kamu mencari semula makna soleh dan solehah dalam diri kita.



Janji dengan saya berpisah di dunia , tapi bertemu di Syurga



Permintaan yang saya buat bukan atas kerelaan diri , tapi atas paksaan iman. Tak sanggup saya tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.



Saya berdosa sebab saya awak leka. Itu tak apa, tapi saya tak nak awak berdosa sama.






ALLAH ciptakan pertemuan, kemudian ALLAH ajarkan kita banyak perkara yang kita tidak tahu.



Selepas tu, ALLAH aturkan perpisahan . Untuk apa ? . Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman kita dan sejauh mana rasa cinta kita terhadapNya.



I admit it , it isn;t easy to let you go . But for His sake , untuk kebaikan kita , untuk kebaikan iman dan hati kita , untuk tak wujudkan fitnah kepada agama , saya minta , saya mohon . Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak,







Keep in touch dalam doa . okeh ?



Jumpa di Syurga .



Jangan nangis - nangis .



 Jangan sedih - sedih.



ALLAH uji kita dengan pertemuan , sekarang ALLAH uji kita dengan perpisahan . Bukankah hidup kita ini juga satu ujian ? . Untuk tengok sejauh mana iman kita dan hati kita terhadap yang Esa.



Hati semoga kau kuat , untuk menjalani hari - hari yang mendatang. Allahu yubarik fik.


Assalamualaikum wbt.








Friday, December 12, 2014

Pemakanan yang seimbang -- ( BMI )

Adakah anda elergik bila berat badan semakin meningkat ? takut bila nak timbang berat badan ?. Jom sama-sama kita amalkan pemakan yang seimbang dan cara mengira BMI anda :)


* Kanak- kanak tidak seharusnya diberikan hadiah manisan atau gula sekiranya berjaya melakukan sebarang tugas . Kebanyakan orang ramai inginkan anak-anak patuh kepada arahan mereka serta memberikan gula-gula atau manisan sebagai hadiah.

*Makanan keluarga mestilah berdasarkan makanan sajian yang sehat dan berpandukan 'piramid makanan '

* Setiap orang perlu memastikan mengambil makanan yang betul dan seimbang.

*Ibu bapa perlu menghadkan masa anak- anak menonton televisyen dan menghadap komputer, laptop, gadged dan lain-lain




* Remaja digalakkan membuat catitan makanan yang telah dimakan pada setiap hari. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan disamping tempat, masa dan bersama siapa.

* Makan dimeja makan pada waktu yang tetap pada bila-bila masa sahaja.

*Kunyah makanan dengan perlahan sikit demi sedikit. Sunnah Rasulullah s.a.w mengunyah makanan sebanyak 40 kali kunyahan.

*Mengira berat badan yang unggul  (BMI ) setiap sebulan sekali atau dua bulan sekali.

http://badanlangsing.com/5-kira-bmi/info_10.html


         BMI =  Berat badan (kg)                                              
                     ----- ----------------
                     tinggi ( m) x tinggi ( m)


Body mass index status :

 * Kurus              -   Kurang daripada 20.6

 *Normal             - 20.7 sehingga 26.4

 * Gemok             - 26.5 sehingga 30.9

 * Obesiti             - 31.0 sehingga 45.2

 * Bahaya             - Lebih daripada 45.3


Formula ini tidak boleh digunakan :

* Orang yang berusia 18 tahun kebawah
* Orang yang mengandung atau menyusukan anak
* Orang yang terlalu tua (warga emas )
* Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan



~ Jom cuba kira BMI kita . Jangan terkejut bila dapat resultnya. InshaALLAH kita mampu mengubahnya > __ <